Pages
BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)
Thursday, May 3, 2012
Thursday, September 29, 2011
Majlis Makan Malam Amal KASUMA 1 Selangor

Majlis Makan Malam Amal KASUMA 1 Selangor ini adalah di antara agenda Sambutan Perayaan Jubli Perak Ke 25 thn PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Di samping itu ia bertujuan bagi mengumpul Dana Pembangunan PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Majlis tersebut akan diadakan pada waktu, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 1 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8mlm
Tempat: Mokhdar Educational Resort, Country Homes, Rawang.
Disertakan juga peta ke Majlis Makan Malam Amal berkenaan.

Tiket Makan Malam dijual dalam bentuk :
1. Buffet (RM 30.00)
2. Booking table (RM 400.00 untuk 10 orang)
3. Penaja Meja dari individu atau syarikat (1 meja untuk 10 orang) – RM 600.00
* Sebanyak 3 buah meja diperuntukkan kepada PLS. *
Bayaran boleh dibuat kepada saudara Firdaus@Keding.
Dijemput semua ahli PSSCMPLS menyertai beramai-ramai ke majlis tersebut bagi memeriahkan suasana.
ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KASUMA 1 SELANGOR 2011
8.00 mlm : Ketibaan ahli-ahli PSSCM
8.10 mlm : Ketibaan tetamu jemputan
8.15 mlm : Ketibaan Penaung & Perasmi Program YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus ADUN N13 Kuang
8.20 mlm : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
8.25 mlm : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
8.30 mlm : Bacaan Doa
8.35 mlm : Ucapan Pengerusi Program YBhg. En. Zainol bin Saifuddin
8.45 mlm : Ucapan Naib Presiden PSSCM YBhg. En. Roslin bin Ali Omar
8.55 mlm : Persembahan Demonstrasi Silat Cekak
9.00 mlm : Jamuan
9.45 mlm : Persembahan Sketsa
10.00 mlm : Ucapan Perasmian YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Kuang
10.30 mlm : Penyampaian Cenderahati
10.45 mlm : Nyanyian Lagu ‘Warisan Mutlak’
11.00 mlm : Majlis bersurai

sumber: http://jppsscm.blogspot.com/2011/09/makluman-makan-malam-amal-kasuma-1.html
Wednesday, September 14, 2011
Jemputan Persembahan Mini Demonstrasi & Penerangan di Central Market
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah mendapat jemputan Persembahan Mini Demonstrasi & Penerangan selama 30 Minit oleh Pihak Pengurusan Central Market pada:
Hari: Ahad,
Tarikh: 18 September2011
Jam: 9mlm
Tempat: Cental Market
Skuad Demo Ibu Pejabat akan terlibat dan diketuai oleh Sdr. Roslim Abdullah. Ini adalah satu peluang untuk mempromosikan Silat Cekak disamping membantu kempen pengambilan ahli baru. YM Guru Utama telah bersetuju dan merestui program tersebut. Ahli-ahli PSSCM DIMINTA HADIR BAGI MENYOKONG PROGRAM TERSEBUT . Semoga silat cekak kekal sepanjang zaman. HIDUP CEKAK!!! BERSAMA & BERSATU!!!
SUMBER: http://jppsscm.blogspot.com/2011/09/makluman-terkini-jemputan-persembahan.html

Monday, August 8, 2011
Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori)

Pada 7 Ogos 2011 (Ahad), seramai empat (4) orang ahli PSSCMPLS telah menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori). Mereka adalah Razman bin Ramli, Mohd Mahrazif bin Makhrojit, Mohd Fadzil bin Jonit dan Khairul Azhar bin Salim. Ujian tersebut telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Pihak PSSCMPLS mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli berkenaan.

Monday, August 1, 2011
Marhaban Ya Marhaban…
Perutusan Ramadhan
PERUTUSAN YM GURU UTAMA DAN PRESIDEN SEMPENA BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum wbrkth..
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdu Lillahi Robbil A’lamin, Wassola tuwassalamu A’la asrafil anbia iwal mursalin, Wa’ala A’lihi Wasohbihi ajmain, Wabihi Nastai’in, La H’aula Wala Quwwata Illa Billahil A’liyil A’zim…
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan kehendakNya dan izinNya, dengan kurnia Allah SWT, dengan syafaat kekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, dengan berkat guru-guru kita, dengan keramah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita, maka dapat kita bertemu kembali bulan yang penuh rahmat dan keberkatan dari Allah swt iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini 1432 Hijrah.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas Rahmat dan Kurnia Allah SWT kepada persatuan kita yang telah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dengan jayanya. Ini adalah berkat kerjasama; bersama dan bersatu dari seluruh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Ketibaan bulan Ramadhan, menyeru seluruh umat Islam di dunia serentak mengerjakan ibadah puasa. Faedah diwajibkan kita berpuasa adalah terlalu banyak. Sudah pasti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT mempunyai kelebihannya samada kita ketahui atau tidak.
Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah pintu syurga dibuka, ditutup pula pintu-pintu neraka dan dirantaikan pula syaitan. Maka pada bulan ramadhan yang mulia ini telah berlakunya beberapa sejarah Islam di antaranya adalah turunnya al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam. Kelahiran Silat Cekak juga berlaku di bulan Ramadhan iaitu pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965.
Marilah kita bersama-sama megimarakkan bulan Ramadhan ini dengan beribadat kepada Allah swt Laksanakanlah ibadah puasa ini bersungguh-sungguh dengan satu niat iaitu kerana Allah swt. Di mana Almarhum Ust Hj Hanafi pernah berpesan kepada kita; “Jadikanlah puasa itu sebagai ibadat dan jangan jadikan ianya sebagai adat”. Moga moga amalan berpuasa dapat melatih diri kita taat kepada Allah SWT.
Kesempatan ini, saya selaku Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengucapkan “Selamat melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan”. Perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah swt agar Allah swt mengampunkan segala dosa-dosa kita.
Sekian terimakasih dan selamat berpuasa.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbrkth.
Sumber : http://silatcekak.org.my/index.php/informasi/terkini/187-perutrusan-ramadhan.html

Friday, July 8, 2011
Gotong Royong PLS
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Latihan Serdang akan mengadakan gotong-royong untuk membuat bangku tempat duduk, dan lain-lain seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Latihan Serdang
Oleh itu, semua ahli Pusat Latihan Serdang dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong tersebut.

Saturday, June 11, 2011
Kemunculan Semula Silat Cekak (Kosmo; 10 Jun 2011; m.s. 3)
IPOH - Penyertaan dalam Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru yang berlangsung esok membawa makna besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata kejohanan itu adalah yang pertama disertai persatuan silatnya dalam tempoh 27 tahun.
"Ia umpama kemunculan semula PSSCM setelah hampir 27 tahun tidak menyertai sebarang pertandingan silat di peringkat kebangsaan".
"Kejohanan ini menarik minat kami kerana ianya berkonsepkan seni persilatan Melayu tulen", katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Rosman berkata PSSCM percaya penganjuran kejohanan yang julung-julung kali itu mampu menjadi pemankin kepada usaha menghidupkan semula seni silat Melayu.
Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya mahu menjadikan pertandingan tersebut sebagai medan menonjolkan pencak tari dan buah pukul cekak yang unik kepada masyarakat.
"Sehubungan dengan itu, enam dari 23,000 pesilat yang bernaung di bawah PSSCM di seluruh negara akan membawa cabaran kami dalam kejohanan itu", katanya.

Sunday, June 5, 2011
Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang
Alhamdulillah.. akhirnya program Hari Keluarga dan Rekreasi Persatuan Seni Silat cekak Malaysia Pusat latihan Serdang (PSSCMPLS)telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 16 orang (+-) telah menghadiri program ini. Program Hari Keluarga dan Rekreasi PSSCMPLS telah diadakan pada hari Ahad, 5 Jun 2011 di Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak.
Peserta telah bergerak ke kawasan rekreasi pada jam 9.15 pagi dari Pusat Latihan Serdang.
Perjalanan ke kawasan rekreasi mengambil masa selama 1 jam.
Majlis : Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang
Tarikh : 5 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak
Penyertaan :
BIL. NAMA KATEGORI
1. Md Zulkifli bin Ismail Dewasa
2. Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin Dewasa
3. Rafidah bt. Othman Dewasa
4. Mohamad Helmi bin Mohd Arshad Dewasa
5. Muhammad Redha bin Keliwon Dewasa
6. Nur Ashikin bt. Zainuddin Dewasa
7. Amalin Aisyah bt. Shamsul Anuar Dewasa
8. Helvis Efendi bin Herman Dewasa
9. Nurwardinie bt. Abdullah Boon Dewasa
10. Nursyafiza Ain bt. Helvis Efendi Kanak-kanak 10 tahun
11. Mohd Suhaimi bin Helvis Efendi Kanak-kanak 9 tahun
12. Farah bt. Mohd Razim Kanak-kanak 8 tahun
13. Norfadila bt. Bukhari Kanak-kanak 11 tahun
14. Mohamad Hadiarief Affandi bin Muhd Yusuf Dewasa
15. Normezan binti Othman Dewasa
16. Nur Hafizah binti Sazali Dewasa
Subscribe to:
Comments (Atom)