26 Julai 2009, Ahad - PSSCMPLS telah berjaya menganjurkan satu kejohanan Bowling bertempat di South City Bowl, South City Plaza, Seri Kembangan. Tujuan utama kejohanan ini adalah sebagai salah satu (1) aktiviti riadah sesama ahli persatuan dan keluarga masing-masing.
Meskipun kejohanan yang diadakan tidaklah sehebat Kejohanan Antarabangsa, namun penyertaan yang di terima amat memberangsangkan (23 penyertaan). Kejohanan Bowling PSSCMPLS turut digamatkan dengan sorakan ahli keluarga masing-masing.
Selaras dengan tujuan utama, keakraban yang kuat sesama ahli dapat dilihat dan ia semakin kukuh. Komitmen padu juga terserlah apabila keseluruhan kos kejohanan adalah ditaja bersama.
Hadiah telah disampaikan oleh Saudara Md Zulkifli bin Ismail (Penyelia PSSCMPLS) kepada kumpulan yang berjaya. Tahniah diucapkan.







Sekalung Tahniah kepada Cik Rafidah Othman selaku Pengarah Projek.
