Pages

BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan, dijanjikan balasan berganda (terpulang kepada Yang Maha Berkuasa). Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat-sahabat,

Apabila kita membuat kesilapan, kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



Sahabat-sahabat,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Wallahu a'lam bissowaab....

p/s - kepada semua ahli PSSCMPLS, Kelas Latihan di bulan Ramadhan, 1430H adalah seperti biasa. Walau bagaimanapun, masa latihan disesuaikan untuk Solat Sunat Tarawih (sila rujuk Penyelia PSSCMPLS)

Friday, August 21, 2009

Terima Kasih Kerana Hadir

Assalamualaikum.

Bersyukur kehadrat Ilahi, Dengan Berkat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Berkat Guru-Guru, Karamah Dan Hikmah Kedua Ibu dan Bapa Kita, maka Demonstrasi Penerangan (Demo Penerangan) PSSCMPLS telah sempurna dilaksanakan mengikut jadual.

PSSCMPLS juga telah berjaya menerima sejumlah besar permohonan menjadi ahli untuk Pengambilan Baru bagi Ogos 2009.

Kepada Tuan/Puan yang telah mendaftar, kelas latihan dijangka akan bermula pada bulan September 2009 tertakluk kepada Majlis Pengijazahan.

Tahniah kepada skuad demonstrasi PSSCMPLS (pimpinan Saudara Mohd Razil bin Mohd Jamil) kerana berjaya mengadakan pertunjukkan. Tahniah juga kepada Saudara Shahir bin Salleh dengan penerangan yang diberikan.

Sunday, August 16, 2009

Demonstrasi Penerangan PSSCMPLS

Assalamualikum.

PSSCM Pusat Latihan Serdang akan mengadakan Demonstrasi Penerangan (Demo Penerangan) pada :-

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Jam : 9.30 malam
Bertempat : Kelas Latihan, Pusat Latihan Serdang


Tujuan Demo Penerangan ini adalah bagi menerangkan apa itu Seni Silat Cekak Malaysia secara umum kepada yang berminat.

Selain itu, PSSCMPLS juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat belajar Seni Silat Cekak Malaysia untuk menyertai kami dimana Pengambilan Baru bagi bulan Ogos 2009 telah dibuka.

Tuan/Puan diharap datang beramai-ramai bagi melihat sendiri keunikkan Seni Silat Cekak Malaysia dalam kita sama-sama memartabatkan Seni Bangsa Melayu demi Agama, Bangsa Dan Negara.