Pages
BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)
Monday, December 6, 2010
Salam Awal Muharam 1432H
Pengurusan PSSCMPLS mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H kepada semua umat Islam khususnya ahli PSSCMPLS, Cawangan Selangor.
Sunday, October 31, 2010
Pertandingan Tenpin Bowling KASUMA 2010
Tahniah & Syabas kepada Pengarah & urusetianya serta ahli PSSCMPLS yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling Karnival Sukan PSSCM 1 Selangor (KASUMA) bertempat di Pusat Boling South City Plaza. Pertandingan yang disertai sejumlah 180 ahli PSSCM Cawangan Selangor ini telah diserikan dengan kehadiran YDP PSSCM Cawangan Selangor & Ketua Penerangan PSSCM.
Saturday, September 25, 2010
Majlis Sambutan Aidilfitri PSSCM 1431H
Sejumlah (10) ahli PSSCMPLS serta keluarga masing-masing telah berpeluang hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H anjuran PSSCM bertempat di Dewan Sekolah Setia Budi, Gombak hari ini.
Wednesday, September 8, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Waktu Latihan PSSCMPLS
Salam Syawal 1431 Hijrah.
Untuk makluman semua, PSSCMPLS akan menangguhkan latihan silat bermula 8 September 2010 (Rabu) sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah.
Walau bagaimanapun, PSSCMPLS akan kembali semula beroperasi pada 22 September 2010 (Rabu) pada jam 9 Malam.
Sehubungan itu, Pengurusan PSSCMPLS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Berhati-Hati Di Jalan Raya.
Sekian, terima kasih.

Thursday, August 26, 2010
Lailatul Qadar
Peristiwa - Malam Istimewa Di Bulan Ramadhan
Kelebihan - Lebih Baik Dari 1,000 Bulan
Tarikh - Kebiasaannya Malam Ganjil, 10 Hari Terakhir Ramadhan
Firman Allah SWT -
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Hadis Rasulullah SAW -
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Wednesday, August 18, 2010
Nuzul Al-Quran
Peristiwa - Hari turunnya (wahyu) ayat Al-Quran pertama (lima ayat suruh Al-Alaq)
Perantara - Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
Tarikh - Malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 keputeraan Rasulullah SAW (6 Ogos 610M)
Tempat – Gua Hira, Arab Saudi
Maksud – Nuzul = turun@berpindah dari atas ke bawah, Al-Quran = bacaan@himpunan
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama di Pusat Latihan Serdang supaya banyakkan membaca, mendalami dan beriman dengan perintah-perintah Allah melalui ayat suci Al-Quran yang ternyata lengkap seperti Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Maksud ayat suci pertama diturunkan Allah SWT
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Wednesday, August 11, 2010
Waktu Latihan PSSCMPLS
Assalamualaikum,
1 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2010 merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadah puasa.
Sehubungan itu, PSSCMPLS bersetuju menyelaraskan semula waktu kelas latihan daripada 9.00 malam kepada 10.00 malam bermula 11 Ogos 2010 (Rabu).
Waktu Kelas latihan PSSCMPLS akan kembali normal pada bulan Syawal 1431 Hijrah dan tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian.

Marhaban Ya Syahru Ramadhan
Sunday, August 8, 2010
Tahniah Tenaga Pengajar PSSCMPLS
Tahniah & Selamat Bertugas kepada Saudara Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin, saudara Hariz Hazwan bin Ramlee dan saudara Mohd Razil bin Mohd Jamil kerana telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar PSSCM 2010
Friday, July 30, 2010
Latihan Bowling PSSCMPLS
PSSCMPLS ingin mengadakan latihan bowling sebagai persiapan Pertandingan Tenpin Bowling KASUMA. Semua ahli dijemput hadir di Pusat Bowling South City Plaza jam 9 mlm ini.
Wednesday, July 21, 2010
Demonstrasi PSSCM UKM
PSSCM PL Cheras & PSSCMPLS telah bersama & bersatu dalam menjayakan demonstrasi di PUSPA NIKA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. Seorang ahli PSSCMPLS telah terlibat.
Friday, July 16, 2010
Latihan Bowling PSSCMPLS
PSSCMPLS ingin mengadakan latihan bowling sebagai persiapan Kejohanan Tenpin Bowling KASUMA. Semua ahli dijemput hadir di Pusat Bowling South City Plaza jam 9 mlm ini.
Thursday, July 15, 2010
Sambutan Majlis Israk Mikraj 1431H
Empat (4) ahli PSSCMPLS telah berpeluang menyertai Sambutan Majlis Israk Mikraj 1431H anjuran PSSCM bertempat di Sekolah Setia Budi, Gombak hari ini. Majlis yang turut dihadiri YM Datuk Guru Utama ini dimulai dengan Solat Isyak berjemaah, Berzanji, Marhaban dan ceramah oleh jemputan khas dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Abg Harun).
Friday, July 2, 2010
Demonstrasi PSSCM UPM
PSSCMPLS dan PSSCM UPM telah bersama & bersatu dalam menjayakan demonstrasi untuk Hari Kemasukan Pelajar UPM. Sejumlah (13) ahli skuad demonstrasi PSSCMPLS termasuk saudara Shahir bin Salleh selaku Pegawai Penerangan PSSCMPLS terlibat.
Saturday, June 26, 2010
Perayaan 45 Tahun PSSCM
Sejumlah 23 ahli PSSCMPLS Telah menghadiri Sambutan Perayaan 45 Tahun PSSCM bertempat di Dewan Seri Negeri, Melaka hari ini. Pengurusan PSSCMPLS ingin mengucapkan tahniah & syabas kepada sebelas (11) ahli PSSCMPLS yang telah dianugerahkan Sijil Rendah PSSCM didahului saudara Faizal bin Samiron selaku penerima tunggal 2010 Sijil Rendah PSSCM (Kepujian) di PLS.
Sunday, May 30, 2010
Futsal KESUMA 2010
Tahniah & Syabas kepada Pasukan Futsal PSSCMPLS pimpinan Saudara Mohamad Helmi Bin Mohd Arshad kerana telah berjuang di Pertandingan Futsal KASUMA meskipun mendapat tempat ke-4 hari ini.
Thursday, May 27, 2010
Ziarah YM Tuan Haji Ishak bin Itam
Seramai lima (5) ahli PSSCMPLS telah berpeluang mengikuti program ziarah YM Tuan Haji Ishak bin Itam di kediaman beliau Bukit Mertajam pada hari ini anjuran PSSCM Cawangan Selangor.
Sunday, April 25, 2010
Ujian Sijil Rendah 2010
Tahniah & Syabas kepada lapan (8) ahli PSSCMPLS kerana berjaya menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (praktikal) bertempat di Dewan Sekolah Setia Budi, Gombak pada hari ini.
Sunday, April 18, 2010
Ujian Sijil Rendah 2010
Tahniah & Syabas kepada tiga (3) ahli PSSCMPLS kerana berjaya menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (praktikal) bertempat di Seremban, Negeri Sembilan pada hari ini.
Wednesday, March 31, 2010
Demonstrasi PSSCMPLS
Tahniah & Syabas kepada sebelas (11) ahli skuad demonstrasi PSSCMPLS & saudara Shahir bin Salleh (Ketua Penerangan PSSCMPLS) kerana berjaya menarik perhatian lebih 25 hadirin di PLS pada hari ini.
Thursday, March 18, 2010
Pendaftaran Ahli Baru PSSCM 2010
Kepada semua penduduk Serdang serta yang berdekatan,tuan/puan dijemput hadir untuk menonton persembahan demonstrasi PSSCMPLS seterusnya mendaftar sebagai ahli PSSCM pada 31 Mac 2010, jam 9.30 malam bertempat di PLS, Taman Sri Serdang.
Tuesday, March 9, 2010
Tahniah KPL & PKPL PSSCMPLS
Tahniah & Selamat Bertugas kepada saudara Md Zulkifli bin Ismail, Penyelia merangkap KPL PSSCMPLS dan saudara Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin, Penolong KPL PSSCMPLS kerana masing-masing telah dilantik sebagai NYDP & AJK PSSCM Cawangan Selangor 2010/2011.
Thursday, January 28, 2010
Gotong Royong PSSCMPLS
Pengurusan PSSCMPLS merakamkan ucapan terima kasih kepada sejumlah 25 ahli PSSCMPLS yang telah bersama & bersatu bergotong royong membersihkan PLS pada hari ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)