Pages

BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)

Thursday, August 26, 2010

Lailatul Qadar

Peristiwa - Malam Istimewa Di Bulan Ramadhan

Kelebihan - Lebih Baik Dari 1,000 Bulan

Tarikh - Kebiasaannya Malam Ganjil, 10 Hari Terakhir Ramadhan

Firman Allah SWT -

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Hadis Rasulullah SAW -

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Wednesday, August 18, 2010

Nuzul Al-Quran

Peristiwa - Hari turunnya (wahyu) ayat Al-Quran pertama (lima ayat suruh Al-Alaq)

Perantara - Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW

Tarikh - Malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 keputeraan Rasulullah SAW (6 Ogos 610M)

Tempat – Gua Hira, Arab Saudi

Maksud – Nuzul = turun@berpindah dari atas ke bawah, Al-Quran = bacaan@himpunan

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama di Pusat Latihan Serdang supaya banyakkan membaca, mendalami dan beriman dengan perintah-perintah Allah melalui ayat suci Al-Quran yang ternyata lengkap seperti Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Maksud ayat suci pertama diturunkan Allah SWT

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Wednesday, August 11, 2010

Waktu Latihan PSSCMPLS

Assalamualaikum,

1 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2010 merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadah puasa.

Sehubungan itu, PSSCMPLS bersetuju menyelaraskan semula waktu kelas latihan daripada 9.00 malam kepada 10.00 malam bermula 11 Ogos 2010 (Rabu).

Waktu Kelas latihan PSSCMPLS akan kembali normal pada bulan Syawal 1431 Hijrah dan tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

Marhaban Ya Syahru Ramadhan

Assalamualaikum,

PSSCMPLS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah kepada semua ahli PSSCM khususnya Pusat Latihan Serdang, Cawangan Selangor.


Sunday, August 8, 2010

Tahniah Tenaga Pengajar PSSCMPLS

Tahniah & Selamat Bertugas kepada Saudara Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin, saudara Hariz Hazwan bin Ramlee dan saudara Mohd Razil bin Mohd Jamil kerana telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar PSSCM 2010