Pages

BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)

Thursday, September 29, 2011

Majlis Makan Malam Amal KASUMA 1 Selangor



Majlis Makan Malam Amal KASUMA 1 Selangor ini adalah di antara agenda Sambutan Perayaan Jubli Perak Ke 25 thn PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Di samping itu ia bertujuan bagi mengumpul Dana Pembangunan PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Majlis tersebut akan diadakan pada waktu, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8mlm
Tempat: Mokhdar Educational Resort, Country Homes, Rawang.

Disertakan juga peta ke Majlis Makan Malam Amal berkenaan.



Tiket Makan Malam dijual dalam bentuk :
1. Buffet (RM 30.00)
2. Booking table (RM 400.00 untuk 10 orang)
3. Penaja Meja dari individu atau syarikat (1 meja untuk 10 orang) – RM 600.00

* Sebanyak 3 buah meja diperuntukkan kepada PLS. *

Bayaran boleh dibuat kepada saudara Firdaus@Keding.

Dijemput semua ahli PSSCMPLS menyertai beramai-ramai ke majlis tersebut bagi memeriahkan suasana.

ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KASUMA 1 SELANGOR 2011

8.00 mlm : Ketibaan ahli-ahli PSSCM
8.10 mlm : Ketibaan tetamu jemputan
8.15 mlm : Ketibaan Penaung & Perasmi Program YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus ADUN N13 Kuang
8.20 mlm : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
8.25 mlm : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
8.30 mlm : Bacaan Doa
8.35 mlm : Ucapan Pengerusi Program YBhg. En. Zainol bin Saifuddin
8.45 mlm : Ucapan Naib Presiden PSSCM YBhg. En. Roslin bin Ali Omar
8.55 mlm : Persembahan Demonstrasi Silat Cekak
9.00 mlm : Jamuan
9.45 mlm : Persembahan Sketsa
10.00 mlm : Ucapan Perasmian YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Kuang
10.30 mlm : Penyampaian Cenderahati
10.45 mlm : Nyanyian Lagu ‘Warisan Mutlak’
11.00 mlm : Majlis bersurai



sumber: http://jppsscm.blogspot.com/2011/09/makluman-makan-malam-amal-kasuma-1.html

Wednesday, September 14, 2011

Jemputan Persembahan Mini Demonstrasi & Penerangan di Central Market

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah mendapat jemputan Persembahan Mini Demonstrasi & Penerangan selama 30 Minit oleh Pihak Pengurusan Central Market pada:

Hari: Ahad,
Tarikh: 18 September2011
Jam: 9mlm
Tempat: Cental Market

Skuad Demo Ibu Pejabat akan terlibat dan diketuai oleh Sdr. Roslim Abdullah. Ini adalah satu peluang untuk mempromosikan Silat Cekak disamping membantu kempen pengambilan ahli baru. YM Guru Utama telah bersetuju dan merestui program tersebut. Ahli-ahli PSSCM DIMINTA HADIR BAGI MENYOKONG PROGRAM TERSEBUT . Semoga silat cekak kekal sepanjang zaman. HIDUP CEKAK!!! BERSAMA & BERSATU!!!


SUMBER: http://jppsscm.blogspot.com/2011/09/makluman-terkini-jemputan-persembahan.html

Monday, August 8, 2011

Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori)





Pada 7 Ogos 2011 (Ahad), seramai empat (4) orang ahli PSSCMPLS telah menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori). Mereka adalah Razman bin Ramli, Mohd Mahrazif bin Makhrojit, Mohd Fadzil bin Jonit dan Khairul Azhar bin Salim. Ujian tersebut telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Pihak PSSCMPLS mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli berkenaan.



Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Marhaban…



Sumber Oleh : skmeninipir.ning.com/

" Matahari Berdzikir, Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji Keagungan-Mu. Semua Menyambut Datangnya Seribu Bulan. Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa. Mohon Maaf Lahir Dan Batin "

~ Dari PSSCM PLS ~

Perutusan Ramadhan

PERUTUSAN YM GURU UTAMA DAN PRESIDEN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum wbrkth..
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdu Lillahi Robbil A’lamin, Wassola tuwassalamu A’la asrafil anbia iwal mursalin, Wa’ala A’lihi Wasohbihi ajmain, Wabihi Nastai’in, La H’aula Wala Quwwata Illa Billahil A’liyil A’zim…

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan kehendakNya dan izinNya, dengan kurnia Allah SWT, dengan syafaat kekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, dengan berkat guru-guru kita, dengan keramah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita, maka dapat kita bertemu kembali bulan yang penuh rahmat dan keberkatan dari Allah swt iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini 1432 Hijrah.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas Rahmat dan Kurnia Allah SWT kepada persatuan kita yang telah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dengan jayanya. Ini adalah berkat kerjasama; bersama dan bersatu dari seluruh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Ketibaan bulan Ramadhan, menyeru seluruh umat Islam di dunia serentak mengerjakan ibadah puasa. Faedah diwajibkan kita berpuasa adalah terlalu banyak. Sudah pasti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT mempunyai kelebihannya samada kita ketahui atau tidak.

Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah pintu syurga dibuka, ditutup pula pintu-pintu neraka dan dirantaikan pula syaitan. Maka pada bulan ramadhan yang mulia ini telah berlakunya beberapa sejarah Islam di antaranya adalah turunnya al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam. Kelahiran Silat Cekak juga berlaku di bulan Ramadhan iaitu pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965.

Marilah kita bersama-sama megimarakkan bulan Ramadhan ini dengan beribadat kepada Allah swt Laksanakanlah ibadah puasa ini bersungguh-sungguh dengan satu niat iaitu kerana Allah swt. Di mana Almarhum Ust Hj Hanafi pernah berpesan kepada kita; “Jadikanlah puasa itu sebagai ibadat dan jangan jadikan ianya sebagai adat”. Moga moga amalan berpuasa dapat melatih diri kita taat kepada Allah SWT.

Kesempatan ini, saya selaku Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengucapkan “Selamat melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan”. Perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah swt agar Allah swt mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Sekian terimakasih dan selamat berpuasa.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbrkth.

Sumber : http://silatcekak.org.my/index.php/informasi/terkini/187-perutrusan-ramadhan.html

Friday, July 8, 2011

Gotong Royong PLS

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Latihan Serdang akan mengadakan gotong-royong untuk membuat bangku tempat duduk, dan lain-lain seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Latihan Serdang

Oleh itu, semua ahli Pusat Latihan Serdang dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong tersebut.

Saturday, June 11, 2011

Kemunculan Semula Silat Cekak (Kosmo; 10 Jun 2011; m.s. 3)

IPOH - Penyertaan dalam Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru yang berlangsung esok membawa makna besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata kejohanan itu adalah yang pertama disertai persatuan silatnya dalam tempoh 27 tahun.

"Ia umpama kemunculan semula PSSCM setelah hampir 27 tahun tidak menyertai sebarang pertandingan silat di peringkat kebangsaan".

"Kejohanan ini menarik minat kami kerana ianya berkonsepkan seni persilatan Melayu tulen", katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Rosman berkata PSSCM percaya penganjuran kejohanan yang julung-julung kali itu mampu menjadi pemankin kepada usaha menghidupkan semula seni silat Melayu.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya mahu menjadikan pertandingan tersebut sebagai medan menonjolkan pencak tari dan buah pukul cekak yang unik kepada masyarakat.

"Sehubungan dengan itu, enam dari 23,000 pesilat yang bernaung di bawah PSSCM di seluruh negara akan membawa cabaran kami dalam kejohanan itu", katanya.

Sunday, June 5, 2011

Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang




Alhamdulillah.. akhirnya program Hari Keluarga dan Rekreasi Persatuan Seni Silat cekak Malaysia Pusat latihan Serdang (PSSCMPLS)telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 16 orang (+-) telah menghadiri program ini. Program Hari Keluarga dan Rekreasi PSSCMPLS telah diadakan pada hari Ahad, 5 Jun 2011 di Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak.

Peserta telah bergerak ke kawasan rekreasi pada jam 9.15 pagi dari Pusat Latihan Serdang.
Perjalanan ke kawasan rekreasi mengambil masa selama 1 jam.



Majlis : Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang
Tarikh : 5 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak
Penyertaan :
BIL. NAMA KATEGORI
1. Md Zulkifli bin Ismail Dewasa
2. Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin Dewasa
3. Rafidah bt. Othman Dewasa
4. Mohamad Helmi bin Mohd Arshad Dewasa
5. Muhammad Redha bin Keliwon Dewasa
6. Nur Ashikin bt. Zainuddin Dewasa
7. Amalin Aisyah bt. Shamsul Anuar Dewasa
8. Helvis Efendi bin Herman Dewasa
9. Nurwardinie bt. Abdullah Boon Dewasa
10. Nursyafiza Ain bt. Helvis Efendi Kanak-kanak 10 tahun
11. Mohd Suhaimi bin Helvis Efendi Kanak-kanak 9 tahun
12. Farah bt. Mohd Razim Kanak-kanak 8 tahun
13. Norfadila bt. Bukhari Kanak-kanak 11 tahun
14. Mohamad Hadiarief Affandi bin Muhd Yusuf Dewasa
15. Normezan binti Othman Dewasa
16. Nur Hafizah binti Sazali Dewasa

Saturday, May 21, 2011

Makan Malam Amal Sumbangan Kasih

Pada 21 Mei 2011 (Sabtu) jam 8.30 malam telah diadakan Makan Malam Amal Sumbangan Kasih bertepmat di Dewan CAC, UIA Gombak. Seramai 19 wakil daripada Pusat Latihan Serdang telah menghadiri majlis makan malam ini yang turut dihadiri oleh Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Majlis makan malam tersebut juga turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada pusat latihan dan kelas latihan daripada cawangan-cawangan seluruh Malaysia.

Antara penyertaan daripada Pusat Latihan Serdang ialah:

1. Nor Hanis bt. Mohd Pandi
2. Khair Farhan bin Khalidi
3. Shuhrah bt. Rodzali
4. Zahari bin Ismail
5. Mohamad Helmi bin Mohd Arshad
6. Mohd Fadzil bin Jonit
7. Rafidah bt.Othman
8. Muhammad Redha bin Keliwon
9. Mohd Mahrazif bin Makhrojit
10. Meor Khairuddin bin Ahmad Iskandar
11. Hariz Hazwan bin Ramlee
12. Razman bin Ramli
13. Abdul Azim bin Abdul Aziz
14. Mohd Tarmizi bin Abd Talib
15. Khairul Izam bin Sutri @ Yusuf
16. Muhd Firdaus bin Ahmad Usuludin
17. Muhammed Nordin bin Muhammed Mashuri
18. Khairi bin Jais
19. Md Zulkifli bin Ismail

Wednesday, May 18, 2011

MAJLIS IJAZAH ASAS KELAS 40 PSSCMPLS

Lima (5) ahli baru PSSCMPLS (4 lelaki dan 1 wanita) telah menyertai Majlis Pengijazahan Asas yang diadakan di Rumah Persatuan Jalan Kent, Kuala Lumpur pada malam ini. Kelas ini adalah yang ke – 40 bagi PSSCMPLS. Tahniah diucapkan kepada semua.

Tuesday, May 17, 2011

DEMONSTRASI & MAJLIS PENERANGAN PENGAMBILAN AHLI BARU

PSSCMPLS telah berjaya mengadakan Demonstrasi dan Majlis Penerangan khusus untuk Pengambilan Ahli Baru PSSCMPLS bertempat di Kelas Latihan PLS pada malam ini. Aktiviti tersebut telah berjaya mendaftarkan empat (4) ahli lelaki dan seorang (1) ahli wanita.

Saturday, May 7, 2011

UJIAN SIJIL RENDAH (USR) (Praktikal)

Tiga (3) Tenaga Pengajar daripada PSSCMPLS telah meluangkan masa membantu Biro Ujian PSSCM menguruskan USR (Praktikal) yang diadakan di Kelas Latihan Ampangan, Taman Bukit Setia, Negeri Sembilan pada pagi ini. Terima kasih diucapkan.

Friday, April 29, 2011

LATIHAN BERSAMA (AHLI TAMAT PSSCM CAWANGAN SELANGOR)

Tiga (3) ahli PSSCMPLS telah berpeluang mengikuti Latihan Bersama khusus untuk ahli-ahli tamat PSSCM Cawangan Selangor yang telah diadakan di Pusat Latihan Bukit Beruntung pada malam ini. Latihan ini telah dikendalikan oleh ahli yang pakar dan berpengalaman luas dalam ilmu persilatan khususnya Silat Cekak.

Thursday, April 28, 2011

MAJLIS TAHLIL ARWAH ZULHISHAM BIN ABD LATIF

Sekali lagi PSSCMPLS yang diwakili oleh empat (4) ahli berkesempatan menghadiri Majlis Tahlil Arwah Zulhisham bin Abd Latif yang diadakan di Pusat Latihan Bukit Beruntung pada malam ini.

Tuesday, April 26, 2011

MAJLIS IJAZAH POTONG KELAS 39 PSSCMPLS

Lima (5) ahli PSSCMPLS telah berjaya menamatkan Pelajaran Kelas Asas serta Jatuh dan telah menyertai Majlis Pengijazahan Potong di UIAM Petaling Jaya pada malam ini. Tahniah diucapkan.

Thursday, April 14, 2011

MAJLIS TAHLIL ARWAH ZULHISHAM BIN ABD LATIF

Lima (5) ahli PSSCMPLS telah berkesempatan menghadiri Majlis Tahlil Arwah Zulhisham bin Abd Latif yang diadakan di Pusat Latihan Kuang pada malam ini. Arwah yang juga Ketua Pusat Latihan Kuang, PSSCM Cawangan Selangor meninggal dunia pada 13 April 2011 setelah terlibat dalam satu (1) kemalangan jalan raya. Pengurusan PSSCMPLS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Sunday, February 27, 2011

PLBC Cawangan Selangor

Sejumlah 15 ahli PSSCMPLS berkesempatan menyertai latihan demo dan penerangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk Demonstrasi Besar-Besaran Sempena Menyambut 25 Tahun PSSCM Cawangan Selangor akan datang.

Saturday, February 26, 2011

Festival Kesenian & Kebudayaan

Pasukan Demonstrasi PSSCMPLS dan PSSCMUPM telah Bersama & Bersatu berganding bahu menjayakan persembahan silat sempena Festival Kesenian & Kebudayaan di Universiti Putra Malaysia.

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

PSSCMPLS telah berpeluang menyertai program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Lembah Klang yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada hari ini. Majlis telah diisi dengan program Berzanji, Marhaban, Qasidah, Burdah serta Forum dan turut diserikan dengan kehadiran YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Friday, February 4, 2011

Takziah

PSSCMPLS merakamkan ucapan takziah kepada YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dan keluarga di atas kembalinya allahyarmah Hajah Radziyah Binti Said (Mak Tam) kerahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang solihah. Al-Fatihah.

Saturday, January 29, 2011

Kursus Pentadbiran

Seramai 15 ahli dari PSSCMPLS telah berpeluang menghadiri Kursus Pentadbiran IPT PSSCM Kebangsaan kali ke-4 yang telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran PSSCMUPM.

Sunday, January 16, 2011

Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori)

Setelah bertungkus lumus mengharungi Kelas Kemahiran, empat (4) ahli dari PLS telah berpeluang menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori) di Pusat Latihan Kuang, Selangor pada 15 Januari 2011. Tahniah diucapkan...




Saturday, January 8, 2011

Ujian Sijil Rendah PSSCM (Praktikal)

Empat (4) ahli PSSCMPLS telah berpeluang menduduki Ujian Sijil Rendah PSSCM (Praktikal) di Pusat Latihan Kuang dengan jayanya. Selain itu, sekalung penghargaan kepada semua Tenaga Pengajar PSSCMPLS kerana turut membantu ujian tersebut dengan bertindak sebagai Tester.