IPOH - Penyertaan dalam Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru yang berlangsung esok membawa makna besar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata kejohanan itu adalah yang pertama disertai persatuan silatnya dalam tempoh 27 tahun.
"Ia umpama kemunculan semula PSSCM setelah hampir 27 tahun tidak menyertai sebarang pertandingan silat di peringkat kebangsaan".
"Kejohanan ini menarik minat kami kerana ianya berkonsepkan seni persilatan Melayu tulen", katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Rosman berkata PSSCM percaya penganjuran kejohanan yang julung-julung kali itu mampu menjadi pemankin kepada usaha menghidupkan semula seni silat Melayu.
Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya mahu menjadikan pertandingan tersebut sebagai medan menonjolkan pencak tari dan buah pukul cekak yang unik kepada masyarakat.
"Sehubungan dengan itu, enam dari 23,000 pesilat yang bernaung di bawah PSSCM di seluruh negara akan membawa cabaran kami dalam kejohanan itu", katanya.
Pages
BLOG INI HANYALAH LAMAN BIASA BAGI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, PUSAT LATIHAN SERDANG, CAWANGAN SELANGOR (PSSCMPLS)
Saturday, June 11, 2011
Sunday, June 5, 2011
Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang
Alhamdulillah.. akhirnya program Hari Keluarga dan Rekreasi Persatuan Seni Silat cekak Malaysia Pusat latihan Serdang (PSSCMPLS)telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 16 orang (+-) telah menghadiri program ini. Program Hari Keluarga dan Rekreasi PSSCMPLS telah diadakan pada hari Ahad, 5 Jun 2011 di Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak.
Peserta telah bergerak ke kawasan rekreasi pada jam 9.15 pagi dari Pusat Latihan Serdang.
Perjalanan ke kawasan rekreasi mengambil masa selama 1 jam.
Majlis : Hari Keluarga & Rekreasi Pusat Latihan Serdang
Tarikh : 5 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak
Penyertaan :
BIL. NAMA KATEGORI
1. Md Zulkifli bin Ismail Dewasa
2. Muhd Firdaus bin Ahmad Usuldin Dewasa
3. Rafidah bt. Othman Dewasa
4. Mohamad Helmi bin Mohd Arshad Dewasa
5. Muhammad Redha bin Keliwon Dewasa
6. Nur Ashikin bt. Zainuddin Dewasa
7. Amalin Aisyah bt. Shamsul Anuar Dewasa
8. Helvis Efendi bin Herman Dewasa
9. Nurwardinie bt. Abdullah Boon Dewasa
10. Nursyafiza Ain bt. Helvis Efendi Kanak-kanak 10 tahun
11. Mohd Suhaimi bin Helvis Efendi Kanak-kanak 9 tahun
12. Farah bt. Mohd Razim Kanak-kanak 8 tahun
13. Norfadila bt. Bukhari Kanak-kanak 11 tahun
14. Mohamad Hadiarief Affandi bin Muhd Yusuf Dewasa
15. Normezan binti Othman Dewasa
16. Nur Hafizah binti Sazali Dewasa
Subscribe to:
Comments (Atom)