
Majlis Makan Malam Amal KASUMA 1 Selangor ini adalah di antara agenda Sambutan Perayaan Jubli Perak Ke 25 thn PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Di samping itu ia bertujuan bagi mengumpul Dana Pembangunan PSSCM Cawangan Negeri Selangor. Majlis tersebut akan diadakan pada waktu, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 1 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8mlm
Tempat: Mokhdar Educational Resort, Country Homes, Rawang.
Disertakan juga peta ke Majlis Makan Malam Amal berkenaan.

Tiket Makan Malam dijual dalam bentuk :
1. Buffet (RM 30.00)
2. Booking table (RM 400.00 untuk 10 orang)
3. Penaja Meja dari individu atau syarikat (1 meja untuk 10 orang) – RM 600.00
* Sebanyak 3 buah meja diperuntukkan kepada PLS. *
Bayaran boleh dibuat kepada saudara Firdaus@Keding.
Dijemput semua ahli PSSCMPLS menyertai beramai-ramai ke majlis tersebut bagi memeriahkan suasana.
ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KASUMA 1 SELANGOR 2011
8.00 mlm : Ketibaan ahli-ahli PSSCM
8.10 mlm : Ketibaan tetamu jemputan
8.15 mlm : Ketibaan Penaung & Perasmi Program YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus ADUN N13 Kuang
8.20 mlm : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
8.25 mlm : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
8.30 mlm : Bacaan Doa
8.35 mlm : Ucapan Pengerusi Program YBhg. En. Zainol bin Saifuddin
8.45 mlm : Ucapan Naib Presiden PSSCM YBhg. En. Roslin bin Ali Omar
8.55 mlm : Persembahan Demonstrasi Silat Cekak
9.00 mlm : Jamuan
9.45 mlm : Persembahan Sketsa
10.00 mlm : Ucapan Perasmian YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Kuang
10.30 mlm : Penyampaian Cenderahati
10.45 mlm : Nyanyian Lagu ‘Warisan Mutlak’
11.00 mlm : Majlis bersurai

sumber: http://jppsscm.blogspot.com/2011/09/makluman-makan-malam-amal-kasuma-1.html